about

Monday 31 December 2012

Soalan Lazim yang perlu diketahui


1. Apakah itu otak tengah?
Otak tengah ialah otak paling kecil dan berada di antara otak kiri serta otak kanan. Ia adalah "jambatan otak" untuk memberikan keseimbangan kepada otak kiri dan kanan.

2. Apakah faedah yang diperoleh apabila otak tengah diaktifkan?
Ia akan memperkuatkan daya ingatan, meningkatkan tumpuan, kreativiti, keyakinan diri dan kestabilan emosi.

3. Apakah bukti bahawa otak tengah telah diaktifkan?
Apabila otak tengah diaktifkan, para peserta boleh melihat atau membaca dengan mata tertutup. Mereka menggunakan gelombang otak (brain wave) untuk melihat.

4. Melihat dengan otak tengah merupakan satu kebolehan luar biasa?
Tidak. Semua orang boleh melakukannya. Kami menggunakan teknologi ICT yang moden untuk melatih para peserta kursus kami. Kursus ini hanya mengembalikan kebolehan manusia.

5. Kenapa mata harus ditutup?
Ia bagi membantu para peserta meningkatkan perhatian dan lebih terfokus. Mata tidak perlu lagi ditutup apabila mereka sudah stabil.

6. Apakah yang perlu ibu bapa lakukan?
Memberikan kata-kata yang positif, berlatih dengan anak-anak antara 10 hingga 15 minit setiap hari sehingga mereka stabil.


7. Apakah teori yang digunakan dalam kursus ini?
Kami menggunakan modul Mind Secret dengan mengikut kaedah-kaedah sains, psikologi, alam sekitar, logik dan kaunseling.

8. Adakah pengaktifan otak tengah memberikan faedah sepanjang hayat?
Ya, sudah tentu. Otak tengah yang telah diaktifkan boleh dianggap sebagai mata ketiga kepada kita. Kita tidak boleh menjanjikan bahawa mata kita sentiasa sihat kerana kemungkinan mata kita akan menjadi cacat disebabkan oleh penyakit atau kemalangan. Ketika itu, mata ketiga ini boleh berperanan sebagai mata.

9. Apakah kesan sampingan apabila otak tengah diaktifkan?
Kursus ini hanya membangunkan otak tengah yang masih tidur. Saintis telah mengesahkan bahawa manusia sudah memiliki kebolehan ini sejak beribu tahun lalu tetapi ia hilang dalam evolusi manusia. Kursus ini hanya memulihkan kebolehan asal manusia.

10. Bolehkah ibu bapa mengikuti sama kursus ini bersama anak-anak?
Ibu bapa tidak dibenarkan ikut bersama bagi mengelak para peserta terganggu dan hilang tumpuan.

0 comments:

Post a Comment