This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

about

Monday, 3 June 2013

MIND SECRET WITH ANUGERAH HOLDINGS IN HALAL EXPO SINGAPORE



Bergambar di hadapan pintu masuk  Halal Expo Singapore

Colouring competition at Halal expo  .

     Mind Secret with supporter team  Anugerah  Holdings


Mind Secret with Saidina Smart



Tahniah pada anak-anak dari Saidina Smart kerana mengikuti kelas pengaktifan otak tengah pada 1 dan 2 JUN 2013.
Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih pada Tuan Rafiq dari Saidina Smart kerana memberi kepercayaan kepada Mind Secret untuk mengendalikan program pengaktifan otak tengah.





Thursday, 3 January 2013

PANDUAN IBU BAPA SEBELUM MENGHANTAR ANAK KE KELAS PENGAKTIFAN OTAK TENGAH




MEMANG tidak dinafikan banyak maklumat mengenai pengaktifan otak tengah yang boleh dicapai menerusi internet, terutama di YouTube. Sudah semestinya maklumat-maklumat tersebut bersifat positif namun tidak kurang juga yang berbentuk negatif.

Justeru, bagi ibu bapa yang sudah membuat keputusan menghantar anak-anak menghadiri kursus ini, mereka dinasihatkan supaya mengikuti panduan di bawah bagi memastikan anak-anak dapat menjalani kursus dengan seronok dan berkesan .

1. Dapatkan maklumat yang betul tentang otak tengah
Seperti dimaklumkan sebelum ini, memang banyak maklumat mengenai otak tengah dan ulasan-ulasan mengenainya di internet. Bagaimanapun ibu bapa dinasihatkan mendapatkan maklumat yang betul dan tepat terutama dari kalangan ibu bapa yang mempunyai anak yang sudah diaktifkan otak tengah mereka. Ini kerana kebanyakan ulasan-ulasan negatif datangnya daripada mereka yang tidak pernah menghadiri kursus ini.
2. Maklumkan kepada anak-anak bahawa kelas yang bakal dihadiri menyeronokkan dan menghiburkan.
Ini kerana kursus pengaktifan otak tengah ini menggunakan elemen-elemen multimedia dan bersifat edutainment di mana pembelajaran disertakan dengan permainan.
3. Pastikan anak-anak tidur awal dan tidur yang mencukupi
Ini bagi memastikan anak-anak sentiasa segar dan aktif sepanjang kursus. Anak-anak yang tidak cukup tidur akan keletihan menyebabkan mereka mudah mengantuk di dalam kelas dan enggan melakukan aktiviti yang disediakan.
4. Ibu bapa perlu memberikan kata-kata semangat dan perangsang kepada anak-anak untuk menghadiri kursus
Ini kerana kadang kala anak-anak tidak mempunyai keyakinan diri dan merasa takut untuk bertemu kawan baru, takut untuk berada di tempat baru, takut berjauhan dengan ibu bapa dan lain-lain. Justeru, ibu bapalah yang memainkan peranan untuk meyakinkan anak-anak. Ingat! kursus ini berlangsung dalam keadaan menyeronokkan!
Selain itu, kami juga sentiasa memastikan  keselamatan anak-anak terjamin  sepanjang menghadiri kursus ini dengan kawalan keselamatan yang ketat dan penjagaan yang terbaik

Monday, 31 December 2012

Peranan Asas Ibu Bapa

Bagi memastikan otak tengah anak-anak stabil, ibu bapa perlu memainkan peranannya, iaitu:

MESTI DIBUAT:

1. Latih anak-anak setiap hari antara 10 hingga 15 minit selama 30 hari. Latihan dengan berbagai-bagai jenis aktiviti boleh meningkatkan minat anak-anak untuk berlatih.

2. Ibu bapa mesti turut sama berlatih bersama  anak-anak. Ini mampu meningkatkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak.

3. Ketika berlatih, beri peluang anak-anak dalam keadaan releks dan jangan memberikan tekanan kepada mereka.

4. Ucap kata-kata positif, misalnya "sangat bagus".

5. Jika boleh, masukkan anak-anak ke kelas ulang kaji.

6. Guna kaedah ini untuk anak-anak mengulang kaji pelajaran sekolah.


JANGAN SESEKALI:

1. Mengucapkan kata-kata berbentuk  negatif kepada anak-anak seperti curi pandang, tipu, salah, bodoh, dan lain-lain.

2. Membandingkan anak dengan anak yang lain, atau rakan.

3. Mengharapkan prestasi pelajaran meningkat dengan mendadak kerana kerajinan diri sendiri adalah perkara paling penting.

Soalan Lazim yang perlu diketahui


1. Apakah itu otak tengah?
Otak tengah ialah otak paling kecil dan berada di antara otak kiri serta otak kanan. Ia adalah "jambatan otak" untuk memberikan keseimbangan kepada otak kiri dan kanan.

2. Apakah faedah yang diperoleh apabila otak tengah diaktifkan?
Ia akan memperkuatkan daya ingatan, meningkatkan tumpuan, kreativiti, keyakinan diri dan kestabilan emosi.

3. Apakah bukti bahawa otak tengah telah diaktifkan?
Apabila otak tengah diaktifkan, para peserta boleh melihat atau membaca dengan mata tertutup. Mereka menggunakan gelombang otak (brain wave) untuk melihat.

4. Melihat dengan otak tengah merupakan satu kebolehan luar biasa?
Tidak. Semua orang boleh melakukannya. Kami menggunakan teknologi ICT yang moden untuk melatih para peserta kursus kami. Kursus ini hanya mengembalikan kebolehan manusia.

5. Kenapa mata harus ditutup?
Ia bagi membantu para peserta meningkatkan perhatian dan lebih terfokus. Mata tidak perlu lagi ditutup apabila mereka sudah stabil.

6. Apakah yang perlu ibu bapa lakukan?
Memberikan kata-kata yang positif, berlatih dengan anak-anak antara 10 hingga 15 minit setiap hari sehingga mereka stabil.


7. Apakah teori yang digunakan dalam kursus ini?
Kami menggunakan modul Mind Secret dengan mengikut kaedah-kaedah sains, psikologi, alam sekitar, logik dan kaunseling.

8. Adakah pengaktifan otak tengah memberikan faedah sepanjang hayat?
Ya, sudah tentu. Otak tengah yang telah diaktifkan boleh dianggap sebagai mata ketiga kepada kita. Kita tidak boleh menjanjikan bahawa mata kita sentiasa sihat kerana kemungkinan mata kita akan menjadi cacat disebabkan oleh penyakit atau kemalangan. Ketika itu, mata ketiga ini boleh berperanan sebagai mata.

9. Apakah kesan sampingan apabila otak tengah diaktifkan?
Kursus ini hanya membangunkan otak tengah yang masih tidur. Saintis telah mengesahkan bahawa manusia sudah memiliki kebolehan ini sejak beribu tahun lalu tetapi ia hilang dalam evolusi manusia. Kursus ini hanya memulihkan kebolehan asal manusia.

10. Bolehkah ibu bapa mengikuti sama kursus ini bersama anak-anak?
Ibu bapa tidak dibenarkan ikut bersama bagi mengelak para peserta terganggu dan hilang tumpuan.

Apa itu Kursus Pengaktifan Otak Tengah?

SEBELUM ini kita lebih mengetahui tentang otak kiri dan otak kanan serta peranannya tetapi banyak yang tidak menyedari bahawa kita juga mempunyai satu lagi otak iaitu otak tengah yang berperanan sebagai jambatan bagi kedua-dua otak kiri dan kanan.

Berdasarkan penemuan Roger W. Sperry iaitu pemenang hadiah Nobel pada 1981, sewaktu menjalankan penyelidikan mengenai penyakit epilepsi ditemukan bahawa belahan otak kanan dan kiri mengawal bentuk pemikiran tertentu.

Otak kiri berfungsi dalam logika, pengiraan, pembacaan, pertuturan, analisis  manakala otak kanan berfungsi dalam hal-hal seni, persembahan, intuisi, kreativiti dan personaliti.

Otak tengah pula merupakan bahagian otak yang terkecil yang mengawal banyak fungsi penting seperti fungsi penglihatan, pendengaran dan  pergerakan mata. Bahagian dari otak tengah iaitu red nucleus dan sunstansia nigra terlibat dalam pengawalan gerakan tubuh badan.

Otak ini juga mempunyai lebih 300 juta saraf tetapi pada tahap usia tertentu otak tengah akan tidur sekiranya ia tidak diaktifkan.

Kursus Pengurusan Otak Tengah (KPOT) yang kami jalankan adalah bertujuan untuk mengaktifkan semula otak tengah yang menghubungkan otak kiri dan otak kanan terutama kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun. Dengan kaedah tertentu, otak tengah mereka akan diaktifkan dan membolehkan mereka mendapatkan semula maklumat antara kedua-dua otak kiri dan kanan.

Apabila otak tengah diaktifkan, ia akan menjadikan kanak-kanak lebih cekap dan mendalam dalam pembelajaran dan penyerapan maklumat. Ia juga membawa keluar dan menguatkan ciri-ciri seperti kreativiti, daya ingatan, kemahiran aplikasi, keyakinan diri dan keupayaan untuk menumpukan perhatian.

Kanak-kanak yang telah diaktifkan otak tengah mereka akan memiliki keupayaan maksimum dari kedua-dua otaknya serta meningkatkan kapasiti dan keupayaan belajar. Mereka juga boleh mendapat manfaat daripada logik dari kiri dan gerak hati dari kanan.

Mereka juga berkeupayaan untuk menyerap maklumat dan focus dalam bidang akademik di sampung dapat belajar dengan lebih mudah serta mampu cemerlang dalam bidang sukan dan kesenian. Mereka mampu melakukan pelbagai aktiviti dengan mata tertutup seperti mewarna, membaca, berjalan dan lain-lain.
Kanak-kanak yang sudah cemerlang dengan hanya menggunakan sebelah otak sahaja sudah pasti akan meningkat kebolehan mereka tanpa batas apabila mereka menggunakan kedua-dua belah otak.

KENAPA KANAK-KANAK 6-12 TAHUN?

Otak kanak-kanak seusia ini lebih mudah dilatih dan boleh menyesuaikan diri dengan cara-cara baru pembelajaran berbanding orang yang lebih dewasa.

MAKLUMAT KURSUS
 012-7144222 ( ungku natrah )
012-7139554 ( suliaman )
email : mindsecret72@gmail.com

Friday, 28 December 2012

Adakah anak anda mempunyai simptom ini..!

Adakah anak anda mempunyai simptom ini..!

Anak anda Hyper? Atau Lesu dan kurang keinginan untuk belajar? Sukar Fokus dalam pelajaran? Masalah disiplin? stress, Pergi tuisyen tapi keputusan mereka masih tidak membanggakan? Atau yang tiada apa masalah tetapi mahu mereka lebih baik dalam pencapaian mereka di sekolah?
Kami  MIND SECRET ada jalan penyelesaian. Bangunkan keupayaan Minda Tengah anak anda supaya mereka lebih bijaksana dalam pelajaran dan sangat berguna di sepanjang kehidupan mereka
Apakah itu otak tengah
 Otak tengah ( mesencephalon ) adalah bahagian otak yang dominan pada saat pembentukan janin.Anda mungkin pernah mendengar bahwa semua bayi adalah GENIUS.kerana mereka didominasikan oleh otak tengah.Dengan perkembangan umur, otak tengah ini menjadi kurang aktif dan tertidur.Otak manusia moden hanya didominasikan oleh satu bahagian otak sahaja samada otak kiri ataupun otak kanan.
Otak tengah merupakan super controller yang dapat mengatur keseimbangan otak kiri dan otak kanan.
SEBELUM ini kita lebih mengetahui tentang otak kiri dan otak kanan serta peranannya tetapi banyak yang tidak menyedari bahawa kita juga mempunyai satu lagi otak iaitu otak tengah yang berperanan sebagai jambatan bagi kedua-dua otak kiri dan kanan.
Berdasarkan penemuan Roger W. Sperry iaitu pemenang hadiah Nobel pada 1981, sewaktu menjalankan penyelidikan mengenai penyakit epilepsi ditemukan bahawa belahan otak kanan dan kiri mengawal bentuk pemikiran tertentu.
Otak kiri berfungsi dalam logika, pengiraan, pembacaan, pertuturan, analisis  manakala otak kanan berfungsi dalam hal-hal seni, persembahan, intuisi, kreativiti dan personaliti.
Otak tengah pula merupakan bahagian otak yang terkecil yang mengawal banyak fungsi penting seperti fungsi penglihatan, pendengaran dan  pergerakan mata. Bahagian dari otak tengah iaitu red nucleus dan sunstansia nigra terlibat dalam pengawalan gerakan tubuh badan.
Otak ini juga mempunyai lebih 300 juta saraf tetapi pada tahap usia tertentu otak tengah akan tidur sekiranya ia tidak diaktifkan. Kursus Pengaktifan Otak Tengah  yang kami jalankan adalah bertujuan untuk mengaktifkan semula otak tengah yang menghubungkan otak kiri dan otak kanan terutama kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun. Dengan kaedah tertentu, otak tengah mereka akan diaktifkan dan membolehkan mereka mendapatkan semula maklumat antara kedua-dua otak kiri dan kanan.    


APAKAH KELEBIHAN APABILA OTAK TENGAH DIAKTIFKAN
1  MENINGKATKAN DAYA INGATAN .
2  MENINGKATKAN KEMAMPUAN MENGASIHI ORANG LAIN .
3 MENINGKATKAN KOSENTRASI . 
4 MENINGKATKAN KEMAMPUAN BERSUKAN .
5 MENINGKATKAN KESEIMBANGAN OTAK KANAN DAN OTAK KIRI .
6 MENYEIMBANGKAN HORMON .
7 MENINGKATKAN DAYA INTUISI . 
 Apabila otak tengah diaktifkan, ia akan menjadikan kanak-kanak lebih cekap dan mendalam dalam pembelajaran dan penyerapan maklumat. Ia juga membawa keluar dan menguatkan ciri-ciri seperti kreativiti, daya ingatan, kemahiran aplikasi, keyakinan diri dan keupayaan untuk menumpukan perhatian.

Kanak-kanak yang telah diaktifkan otak tengah mereka akan memiliki keupayaan maksimum dari kedua-dua otaknya serta meningkatkan kapasiti dan keupayaan belajar. Mereka juga boleh mendapat manfaat daripada logik dari kiri dan gerak hati dari kanan.

Mereka juga berkeupayaan untuk menyerap maklumat dan focus dalam bidang akademik di samping dapat belajar dengan lebih mudah serta mampu cemerlang dalam bidang sukan dan kesenian. Mereka mampu melakukan pelbagai aktiviti dengan mata tertutup seperti mewarna, membaca, berjalan dan lain-lain.

Kanak-kanak yang sudah cemerlang dengan hanya menggunakan sebelah otak sahaja sudah pasti akan meningkat kebolehan mereka tanpa batas apabila mereka menggunakan kedua-dua belah otak.

Kenapa kanak-kanak 5 ~ 12 tahun .

Otak kanak-kanak seusia ini lebih mudah dilatih dan boleh menyesuaikan diri dengan cara-cara baru pembelajaran berbanding orang yang lebih dewasa.


MAKLUMAT KURSUS

Penganjur    : MIND SECRET ENTERPRISE ( JM0621086-U )
Jurulatih    : En. Muhammad & Pn Aween
Tarikh        : Setiap Sabtu dan Ahad
Jangka masa kursus : Satu setengah hari

Maklumat lanjut hubungi : 019 7144222 ( Ungku Natrah ) / 012 7139554 ( Suliaman ) / 012 7689721 ( Puan Aween )
E mail : mindsecret72@gmail.com